Rumah Rawatan
Penternakan kelulut
Lokasi tempat rawatan disebalik pepohon dan di tengah penternakan kelulut
Penternakan Merpati
Merpati kampung yang berkhasiat
AMS Health's Garden berteraskan rawatan alternatif menyediakan rawatan pelbagai penyakit dalam bentuk pakej dan dirawat dalam kebun AMS sendiri. Pelbagai sajian herba terutamanya sup herba merpati dan minuman madu kelulut plus lemon, madu kelulut plus tongkat ali, madu kelulut plus kacip fatimah dan madu kelulut plus cuka epal dikembarkan dengan rawatan Foot Acupressure serta Spinal Alignment (Pembetulan Tulang dan Saraf Belakang).
Madu Kelulut segar dari kebun AMS (Attalaqqi Marketing Services)
Sup Merpati Herba dari Sarang di Kebun AMS
Hidangan pagi dikebun AMS- meehoon sup herba
Rehat satu jam selepas hidangan pagi, Rawatan Point AcuPressure (Tekanan pada Kaki Guna Tanduk)
Rehat lagi satu jam supaya aliran darah mengalir dengan tenang dan selepas itu:
Sakit Belakang dan Lemah Tenaga Kelakian
Pelanggan atau pesakit akan menikmati kehijauan kebun serta udara bersih kawasan kampung serta dapat melihat ternakan madu kelulut dihasilkan.
AMS Health's Garden ( Rawat dan Rehat) mempunyai satu unit rumah rawatan didalam kebun sendiri untuk tujuan rawat dan rehat.Pelanggan akan dirawat bermula seawal 8 pagi sehinggalah lewat 6 petang secara aturan terutama rawatan pembuangan toksin dari saluran badan dan organ badan, barulah kepada 'adjust' tulang belakang, tubuh atau bahagian yang bermasalah
Struktur tulang belakang akan ' dijujuk' semula supaya otak dapat membaca maklumat organ melalui saraf yang tidak terkepit. Rawatan Acupressure 2x sehari membantu mengawal dan melancarkan aliran darah kesemua organ dan anggota badan.
Tidak ada sebarang mesin digunakan bagi kaedah kami. semuanya terhasil dari kaedah unik daripada gembelingan kajian, pengamatan, latihan dan natijah yang sempurna. Bak kata kata hukamak " Rawat dari hati Rawat dari iman".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan