Isnin, 10 November 2014

TULANG BELAKANG DAN PERMASALAHAN

Tulang Belakang : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.

Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej boleh suai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat. Jenis tulang vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada kecederaan yang dialami seseorang.
Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu cervical (leher),thorak (toraks/dada), lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).
Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki dan tangan

Tulang thorak, procesus spinosusnya akan berhubungan dengan tulang rusuk. Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil. Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual. Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing, usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit. Terdapat 3 hingga 5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.

Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran maklumat.


PENYAKIT DAN SARAF TULANG BELAKANG




Cervical 1

Letak yang berhubungan :
• Pembuluh darah bagian leher • Kelenjar endrokrin • Bag. Wajah
• Bag. Otak • Telinga tengah dan dalam • Tympanic cavity • System syaraf sympathetic

Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Sakit kepala, pening, sakit kepala berkala • Gelisah/ mudah tersinggung • Insomnia/ sulit tidur
• Hipertensi • Kurang sadarkan diri, amnesia, • Fatique

C2
• Opthalmicus nerve • auricularis • sinuses • lingua • dahi • mastoidea
 
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• sinusitis • allergy • gangguan pendengaran • penyakit mata • sakit telinga
• pening • sejenis kebutaan • strabismus • tinnitus

C3
• palate • externaauris • tulang wajah • gigi • trigeminal nerve 

Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• neuralgia • neuritis • acne/ jerawat • eczema
 
C4
• bagian hidung • lidah • mulut • telinga • pharynx/ tenggorokan

Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• hay fever
• catarrahal inflammation
• imflammation of genital glands

C5
• vocal cords • cervical glands • pharynx

Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• laryngitis • suara hilang/ hoarse • paryngitis/ sakit tenggorokan

C6
• otot bagian leher • pundak • tonsil
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• leher kaku • sakit pada lengan atas • tonsillitis
• whooping cough/ pertusis • asthma

C7
• Tyroid • Shoulder/ bahu • Synovial bursal
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Bursal synovitis • Pilek • Penyakit tyroid

Thoracic 1
• Bagian siku kebawah • Esophagus • Trachea
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Tracheatis asthma
• Batuk
• Sesak nafas
• Sakit pergelangan tangan

T2
• Jantung • Coronary artery • Dan valve
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Functional heart disease
• Chest pain

T3
• Paru-paru • Trachea • Pleura
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Tracheitis • Pneumonia • Lung congestion leuritis • influenza

T4
• Gall bladder • Bille ducts
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Penyakit gall bladder • Herpes zoster • Jaundice/ penyakit kuning

T5
• Liver/ hati • Large intestine • Neuroplexus • Blood
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Penyakit liver • Demam • Tekanan darah rendah • Anemia
• Peredaran darah tidak sempurna • artritis

T6
• Lambung
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Neurogastritis • Maldigestion • Heartburn/ brash

T7
• Pancreas • Duodenum
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Diabetes • Astritis/ infeksi lambung

T8
• Spleen/ limpa kecil
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Daya tahan tubuh menurun

T9
• Adrenal
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Allergy • urticaria

T10
• Ginjal
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Penyakit ginjal • Valcular sclerosis/ pembuluh darah mengeras
• Fatique • Pyelonephritis • Nephritis/ infeksiginjal

T11
• Ginjal • Uretero
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Acne/ jerawat • Pimples • Boll • Eczema • Penyakit kulit

T12
• Usus kecil • Limpha • Fallopian tube
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Rheumatic • Pleuralgia • Infertility/ mandul

Lumbar 1
• Usus besar• Inguinall ring
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Sembelit • Colitis • Dysentri • Gastralgia • hernia

L2
• Usus buntu/ cecum • Abdominal • Paha
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Infeksi usus buntu/ appendicitis • Spasm
• Sesak napas • Varicose vein

L3
• Organ reproduksi • Uterus • Bladder/ kantung kencing • Knee
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Bladder disease/ sakit kandung kencing • Haid yang tidak teratur
• Keguguran • Sakit lutut

L4
• Prostate • Lumbus muscle • Sciatic nerve
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Sciatica • Lumbago/ sakit pinggang
• Susah buang air kecil/dysura • pollakisuria

L5
• Betis • Pergelangan kaki • Kaki
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Peredaran darah kekaki kurang sempurna
• Kaki tidak bertenaga • Sakit pada pergelangan kaki
 
Sacrum
• Tulang pinggul • Pinggul
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Sacrum arthritis • Bengkok ruas tulang belakang
 
Coccyx
• Usus rectum • Anus
Akibat dari syaraf yang terkena tekanan :
• Wasir • Gatal-gatal • Sakit tulang ekor/ coccyalgia


Selasa, 4 November 2014

Asas Rawatan ATTALAQQI menerusi AmsRawatRehat



  Kami seumpama sebuah bengkel yang membaiki ( alignment and repair) body luar dan dalam supaya menjadi stabil dan normal. 
   Body akan di "realignment" (disk disusun dan dijujuk) supaya balance. Ia melibatkan seluruh sistem, organ , tisu dan menjadi pemangkin kepada sel-sel tubuh yang baru.
   Tubuh yang sakit menunjukkan terdapat kepincangan  terhadap sistem tubuh yang terputus daripada bacaan sistem otak. Ini akan menyebabkan beberapa organ akan hilang sebahagian fungsi fungsinya , manakala disfunctioan ini berpunca daripada kumpulan kumpulan tisu yang cedera atau bermasalah {rosak}.
   Kami di kebun Rawat dan Rehat ATTALAQQI menyediakan rawatan utama seperti 'Spinal Alignment' dan pemakanan berasaskan sup merpati herba dan minuman madu kelulut plus bagi mengembalikan kesihatan tubuh dalaman dan luaran.

Salah satu rawatan dalam Perubatan Attalaqqi ialah kaedah membetulkan tulang belakang.

Apa kata para pengkaji:


KAEDAH INI adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional yang lain tetapi tidak melibatkan melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, suntikan atau sebagainya.
Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, rawatan Spinal Alignment ini boleh melegakan sakit sambil sistem tubuh badan kita dirangsang (melalui tekanan) menjalankan proses penyembuhan sendiri
Apa yang perawat buat?
Konsep rawatan adalah membetulkan tulang belakang yang terhalang gerakkannya dan menyebabkan kesakitan serta mengurangkan keberkesanan fungsinya.Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang perawat gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini.Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.
Semasa penyelarasan, perawat akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak pernah patah, bunyi tulang selisih masuk je)
Perawat juga mungkin akan menggunakan kaedah tertentu untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama).

Adakah ianya selamat untuk semua orang?
Rawatan ini secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang.Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan ini adalah;
1. mereka yang mengidap ‘osteoporosis’ (tulang rapuh).
2. mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
3. mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).Dalam kes seperti ini perawat akan memberi antibiotic secara alami samaada madu bisa lebah atau herba yang bersesuaian.Atau membuat rawatan untuk tumor dahulu.





Golongan yang patut menerima rawatan ini

Mereka  yang :

   1-   Berpenyakit dan tidak tahu punca penyakitnya. Seringkali badan menjadi lemah, letih dan lesu

   2-   Mengamalkan pelbagai ubatan sehingga bergantung padanya bertahun tahun. Malah bertukar 
         tukar ubat.

   3-   Mempunyai pelbagai penyakit berangkai seperti buah pinggang kurang berfungsi, penyakit 
         penyakit jantung,darah tinggi, dan kencing manis. Ataupun penyakit sawan, parkinson, mudah 
         lupa atau lemah ingatan.

   4-   Ingin menjaga kesihatan dan tidak membiarkan otot belakang mengeras dan 
         senget serta tulang belakang berada pada lokasinya.

   5-   Ingin menerima khidmat nasihat tentang masalah kesihatan zahir yang sedang dihadapi

   6-   Ingin berbincang tentang ilmu ilmu dan amalan yang betul dan salah menurut pandangan 
         syarak

   7-   Terkena gangguan makhluk halus, saka, santau dan sebagainya atau keliru samada terkena
          atau tidak

Sila call segera 014 5350100 (Ustaz Sheikh) jika anda termasuk salah satu daripada 7 golongan diatas.

                                        ايه ايم ايس
                                  للمعالجة والأستراحة 
                                         بستان الصحة

Sabtu, 1 November 2014

Khasiat Daging Merpati, Madu Kelulut dan Lemon


Khasiat Daging Burung Merpati

Ianya selalu diamalkan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
Apakah khasiat yang boleh didapati dari daging burung merpati?
Antara khasiat-khasiat yang boleh didapati dari daging burung merpati seperti boleh menguatkan memori ingatan seseorang itu, melembutkan suara, memperbanyakkan peghasilan air mata bagi gologan lelaki, menguatkan akal serta dapat membaikkan sistem darah manusia.

Apakah pula khasiat memakan daging burung merpati jantan?
Antara khasiat-khasiat sekiranya kita memakan daging burung merpati jantan ia boleh menyembuhkan penyakit lumpuh, lembik dan kebas pada seluruh badan. Ini pernah disebutkan dalam satu riwayat bahawa seorang hamba pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W tentang sesuatu penyakit dan Rasulullah pula menyuruh hamba tersebut mencari burung merpati jantan sebagai penawarnya

Apakah Khasiat Daging Burung Merpati??? 

Bagi penggemar daging burung,,, terutama burung-burung liar,,, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung merbah,,, ruak-ruak,,,puyuh dan lain-lain... Daging burung merpati mengandungi protein,,, lemak,,, kalsium,,, fosforus dan kalori... Ia sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama bagi kanak-kanak... 

Daging burung merpati telah lama digunakan oleh generasi terdahulu sehingga kini... Tetapi daging burung merpati kini sukar diperolehi di pasaran tempatan... Berbeza bagi negara seperti Perancis,,, Amerika,,, Itali,,, Maghribi,,, Mesir dan beberapa negara di Asia... Ia sangat mudah didapati,,, seperti mana kita melihat ayam hidup yang dijual di pasar-pasar tempatan... 


Sifat daging merpati adalah panas dan basah... Daging merpati liar lebih tinggi sedikit tingkat kebasahanya... Namun anak burung merpati yang dipelihara adalah lebih tinggi sifat basah pada dagingnya...Burung merpati muda yang sedang berkembang lebih ringan dagingnya dan lebih berkhasiat...


Dikatakan amalan memakan burung merpati jantan adalah berkhasiat untuk membantu mengubati penyakit-penyakit seperti penyakit lembik,,, penyakit kebas-kebas badan dan penyakit lumpuh..



  MADU KELULUT

Khasiat madu kelulut termasuklah:
- meningkatkan metabolisme badan - menambahkan tenaga batin - menjaga kecantikan,

- menguatkan wanita yang baru bersalin - antioksidan yang tinggi. - mengurangkan kerosakan   fungsi ginjal  - dapat mengurangkan stress aksidatif.  - mengurangkan atrofi pada uterus & vagina - membantu manguatkan tulang melalui  -  penyerapan   kalsium.- PenyDiabetis mellitus (kencing manis)  - Strok  - Hepatitis (Hati) - Kanser    - Hipentensi (Darah Tinggi)

-        -  Batu Karang. -Lelah-Buasir -Mandul -Merawat buah pinggang -Menguatkan memori dan daya ingatanmenambah penumpuan  - merawati pelbagai penyakit  dan kecederaan dalaman.



Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan  madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.”Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Penyakit yang dilaporkan sembuh  mengunakan hasilan lebah kelulut  (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

 Kajian di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah bahan utama  madu kelulut.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang  bertindak sebagai antikanser dan antioksidan .

 Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu madu kelulut mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang untuk membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Mengapa di Kebun AMS (Rawat dan Rehat) anda perlu minum air lemon plus madu kelulut di waktu pagi?

 Kerana Lemon 
  :  Membantu merangsang saluran penghadaman. Ia dipercayai menyahaktif dan membersihkan hati juga berupaya menyingkirkan asid semasa proses penghadaman danpembuangan.
  :  Menyokong sistem imun . Lemon kaya dengan vitamin C dan asid askobik. Ia membantu menentang selsema. Asid askobik membantu penyerapan zat besi yang berperanan dalam fungsi imun.
  :  Mengalkalikan tubuh. Jika tubuh anda berdepan dengan masalah keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, Ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi untuk memastikan keseimbangan pH tubuh ditahap yang sepatutnya.
  :  Membantu detoksifikasi. Air lemon adalah diuretik semulajadi, membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksid bersama. Asid sitrik didalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.
  :  Pemberi tenaga. Kombinasi lemon dan madu kelulut membantu hiderasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah. Memberikan anda rasa hebat.
  :  Mencantikkan kulit. Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Vitamin C daripada gabungan lemon dan madu kelulut dapat mengekalkan kulit sihat dan sebagai anti oksida bagi mencegah penuaan.