MEKANIK BODY
Kami seumpama sebuah bengkel yang membaiki ( alignment and repair) body luar dan dalam supaya menjadi stabil dan normal.
Body akan di "realignment" (disk disusun dan dijujuk) supaya balance. Ia melibatkan seluruh sistem, organ , tisu dan menjadi pemangkin kepada sel-sel tubuh yang baru.
Tubuh yang sakit menunjukkan terdapat kepincangan terhadap sistem tubuh yang terputus daripada bacaan sistem otak. Ini akan menyebabkan beberapa organ akan hilang sebahagian fungsi fungsinya , manakala disfunctioan ini berpunca daripada kumpulan kumpulan tisu yang cedera atau bermasalah {rosak}.
Kami di kebun Rawat dan Rehat ATTALAQQI menyediakan rawatan utama seperti 'Spinal Alignment' dan pemakanan berasaskan sup merpati herba dan minuman madu kelulut plus bagi mengembalikan kesihatan tubuh dalaman dan luaran.
KAEDAH RAWATAN ATTALAQQI
Salah satu rawatan dalam Perubatan Attalaqqi ialah kaedah membetulkan tulang belakang.Apa kata para pengkaji:
KAEDAH INI adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional yang lain tetapi tidak melibatkan melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, suntikan atau sebagainya.
Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, rawatan Spinal Alignment ini boleh melegakan sakit sambil sistem tubuh badan kita dirangsang (melalui tekanan) menjalankan proses penyembuhan sendiri
Apa yang perawat buat?
Konsep rawatan adalah membetulkan tulang belakang yang terhalang gerakkannya dan menyebabkan kesakitan serta mengurangkan keberkesanan fungsinya.Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang perawat gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini.Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.
Semasa penyelarasan, perawat akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak pernah patah, bunyi tulang selisih masuk je)
Perawat juga mungkin akan menggunakan kaedah tertentu untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama).
Adakah ianya selamat untuk semua orang?
Rawatan ini secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang.Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan ini adalah;
1. mereka yang mengidap ‘osteoporosis’ (tulang rapuh).
2. mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
3. mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).Dalam kes seperti ini perawat akan memberi antibiotic secara alami samaada madu bisa lebah atau herba yang bersesuaian.Atau membuat rawatan untuk tumor dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan